Wednesday, August 3, 2011

Warkah Buat Bonda

Inilah kisah malam pertama anakanda.

Masa dinikahkan rakyat semua gembira
Anakanda diam saja
Dalam hatiku paksa redha
Oleh kerana itulah isyaratnya

Bonda nak tahu
Tiada senyum dimuka anaknada
Walaupun raja cuba bergurau senda
Ada yang simpati nampaknya

Kami nikah selepas 'asar
Anaknada dipakaikan pakaian orang besar-besar
Nak dijadikan permaisuri itulah sebenar

Bonda
Ramai pedagang datang
Mereka membawa hadiah bergantang-gantang
Tanah melaka luas, mereka semua datang
Mereka berpesta tujuh hari, tujuh malam

Sultan menerima akad
Dari Tok Imam yang berkat
Anakanda sebak didada melekat
Lepas tu berdoa tangan diangkat

Tirai siang dilabuh malam
Hatiku mula terasa kelam
Doa ku pada Allah bertalam-talam
Biarlah hidupku tak sampai malam

Bonda
Anakanda hanya berduduk diam
Bilik peraduan terasa seram
Sultan ada biliknya suram
Namun ankanda tak dicecah tangan

Anakanda disuruh baring diperaduan
Sultan hanya dijauhan
Tidak kami bersentuhan
Baik hatinya kerana faham

Tujuh hari tujuh malam anakanda begitu
Sultan juga tahu
Dibiarkan saja anakanda begitu
Dia tidak terburu-buru

Anakanda solat memohon hajat
Kalu begini ku serahkan hayat
Hanya Allah pemberi alamat
Disuruh sabar Insya allah berkat

Anakanda mula membuka hati
Jika hidup tak usah begini
Baru nampak mukaku berseri
Apabila senyum terukir dipipi

Sultan sungguh gembira bukan kepalang
Dipanggil dayang dipanggil inang
Disuruhnya bawa ketaman larangan
Mengambil angin dan udara nyaman

Riangnya hatiku berada disana
Tamannya penuh dengan bunga-bunga
Burung dan unggas berterbangan riang
Kupu-kupu kecil melayang-layang

Terubatlah sedikit rasa dihati
Tidak lagi teringatkan mati
Sultan pula mula mendekati
Ku terima dia dengan rela hati

Bonda
Anaknada ubat hati sendiri
Berserah diri kepada Ilahi
Sultan hanya menjadi titi
Untuk ku langkah syurga duniawi

Namun Allah sudah berperi
Kebaikannya untuk kemudia hari
Anakanda akur dan redhai
Mudah-mudahan Allah redhai anakanda ini

Amin.

tf30julai201112th

No comments:

Post a Comment