Wednesday, August 17, 2011

Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka - Sulalatus Salatin



XIV

Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka


Text Box: B-274ALKISAH maka tersebutlah perkataan Alfonso d'Albuquer­que, setelah ia turun daripada wizurai, maka ia pun naik ke Portugal mengadap Raja Portugal, minta armada. Maka diberi oleh Raja Portugal empat buah kapal yang besar, dan lima B-274 buah ghali panjang, maka Alfonso d'Albuquerque pun turun ke Goa; berlengkap pula di Goa tiga buah kapal, delapan ghalias, empat buah ghali panjang, enam belas buah fusta, menjadi empat puluh tiga buah semuanya, maka pergilah ia. Setelah datang ke Melaka, maka orang Melaka pun geruparlah; maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Ahmad Syah, "Bahawa Peringgi datang menyerang kita, tujuh buah kapal, delapan buah ghalias, sembilan buah ghali panjang, enam belas buah fusta."

Maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat menghadirkan kelengkapan. Maka berperanglah Peringgi dengan orang Melaka; dibedilnya dari kapal, seperti hujan datangnya, bunyinya seperti guruh dari langit; rupa kilat api­nya seperti kilat di udara, dan bunyi istinggar seperti kacang direndang. Maka segala orang Melaka tiada lagi boleh berdiri di pantai, daripada kesangatan bedil Peringgi itu; maka ghali dan fusta dilanggarkannya ke pantai, maka Peringgi pun naik­lah melanggar, dikeluari oleh orang Melaka, lalu berperang terlalu ramai. Maka Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah, Makhdum Sadar Jahan dibawa baginda (ms 267) bertimbal rengka, kerana baginda berguru ilmu tauhid kepada­nya.
Text Box: A-360
Text Box: B-275Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda; maka oleh Sultan Ahmad Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah berharuburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya. Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar bu­nyinya. Maka Sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan, khabar pun baginda dada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya itu, Maka Makhdum berpegang dua-dua tangannya pada kiri kanan rengka; kata Makhdum Sadar Jahan pada Sultan Ahmad, "Hei Sultan, di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali." Maka Sultan Ahmad pun tersenyum, lalu baginda pun kembalilah ke istana, Maka Peringgi pun berseru dari kapal, katanya, "Hei orang Melaka! Ingat-ingat kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat." Maka sahut orang Melaka, "Baiklah!"

Maka Sultan Ahmad pun mengampungkan orang dan di­suruh berhadir senjata; maka hari pun malamlah, segala hulu­balang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu di balairung. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, "Apa kita buat duduk saja ini? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya." Maka sahut Tun Muhammad Unta, "Benarlah seperti kata tuan-tuan itu; baik­lah Tun Indera Segara pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana Peringgi akan melang­gar esok hari. "

Text Box: A-361Maka Tun Indera Segara pun masuklah mengadap Sultan Ahmad, segala sembah orang itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi baginda Hikayat Amir Hamzah, titah baginda pada Tun Indera Segara, "Katakan pada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut dada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Hanafiah; hanya jikalau seperti Amir Hamzah adalah gerang­an beraninya, sebab itulah maka kita beri Hikayat Amir Hamzah."

Maka Tun Indera Segara pun keluarlah membawa Hikayat Text Box: B-276Amir Hamzah itu (ms 268). Maka segala titah Sultan Ahmad itu semua­nya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, semua­nya diam. Maka sahut Tun Isap pada Tun Indera Segara, "Persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan, salah titah itu; hendaknya Yang Dipertuan seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu seperti hulubalang Beniar." Maka Tun Indera Segara pun masuk mengadap; segala sembah Tun Isap itu, semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad. Maka baginda pun tersenyum, maka titah Sultan Ahmad, "Benar katanya itu," maka dianugerahi baginda Hikayat Muhammad Hanafiah.

Text Box: A-362Setelah hari siang, maka Peringgi pun naiklah ke darat melanggar. Sultan Ahmad pun naik gajah, Juru Demang namanya; Seri Udani di kepala, Tun Ali Hati di buntut. Maka baginda pun keluarlah dengan segala hulubalang; maka ber­peranglah orang Melaka dengan Peringgi, terlalu sabur; daripada sangat tempuh segala hulubalang Melaka, segala Peringgi pun undur. Maka tampil Alfonso di' Albuquerque dengan seribu seldadu beristinggar, menempuh pada segala orang Melaka, bunyi peluru istinggar seperti kacang jatuh ke bidai; daripada sangat tempuh anak Portugal, pecahlah perang orang Melaka, lalu undur; maka tinggal Sultan Ahmad seorangnya, terdiri di atas gajahnya. Maka oleh Peringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya, dibanyak-banyakinya; maka Sultan Ahmad pun beradakkan tombak dengan Peringgi, kena tapak tangan baginda, luka sedikit. Maka oleh Sultan Ahmad di­gedangkannya tangannya, titah baginda; "Hei anak Melayu, lihatlah tangan kita!" Setelah melihat tangan Sultan Ahmad luka itu, maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula beramuk dengan Peringgi.

Adapun tatkala mula Peringgi melanggar itu, Tun Sallehu'd­-Din minta ikat pinggangnya pada cucunya; maka diikat oleh cucunya, seraya kata cucunya, "Nenek, nenek memakai ikat pinggang Datuk PadukaRaja ini, jangan nenek bawa lari." Maka kata Tun Sallehu'd-Din, "Insya-Allah Taala, Awang! Lihatlah olehmu." Maka ia pun pergilah keluar mengiringkan Sultan Ahmad. Setelah ia melihat tangan Sultan Ahmad luka itu, maka Tun Sallehu'd-Din pun tampil ke hadapan gajah Sultan Ahmad, beradakkan tombak dengan Peringgi; maka ditikam oleh Peringgi kena dada Tun Sallehu'd-Din terus (ms 269) ke belakang, rebah, lalu mati. Maka tengah tiga puluh hulubalang Melaka yang pilihan mati, Seri Udani pun luka ari-arinya kena tombak Peringgi. Maka gajah pun diderumkan, Seri Udani pun diusung oranglah dibawa kembali ke rumahnya; maka disuruh oleh Sultan Ahmad lihat pada tabib; diduga oleh tabib dengan ekor sirih, kata tabib, "Insya-Allah Taala tiada mengapa, dapat diubat; jikalau sekerat beras juga lagi masuknya, nescaya Seri Udani mati." 

No comments:

Post a Comment