Wednesday, August 17, 2011

Anak Raja Bakal Kerajaan - Sulalatus salatin



Anak Raja Bakal Kerajaan


Sebermula setelah Sultan Mahmud Syah pindah ke Kopak, maka isteri baginda, Tun Fatimah pun hamil pula, maka ter­lalulah suka Sultan Mahmud Syah melihat isteri baginda hamil itu. Maka segala isteri Orang Besar-besar pun berganti­ganti bertunggu di dalam; setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranaklah lelaki. Maka Sultan Mahmud Syah terlalu sukacita melihat anakanda baginda lelaki, lalu baginda menyuruh memalu gendang kesukaan; bedil pun dipasang oranglah, terlalu azamat bunyinya, kerana ketika itu bunyi meriam dua belas pucuk dan gendang pcrang terlalu gemuruh. Maka anak raja itu pun dimandikan, setelah sudah mandi, disuruh baginda bangkan pada kadi; maka Orang Besar-besar pun persembahkanlah kepada anak raja itu masing-masing pada kadarnya. Serta baginda itu jadi, maka peterana dari­pada Raja Muzaffar pun diambil oranglah.

Text Box: A-368Setelah tujuh hari di luar, maka Temenggung pun menga­rak air mandi. Dan pisau pencukur anak raja itu, pisau tem­baga suasa, berhulu emas berpermata; maka anak raja itu pun dicukur oleh Bendahara, maka gendang palu-paluan pun di­palu oranglah seperti adat kerajaan, maka rambut anak raja itu ditimbang oleh Bendahara perempuan dengan emas dan perak, didermakan kepada segala fakir dan miskin. Telah bercukur, maka anak raja itu dinamai Raja Ali, timang-timangannya Raja Kecil Besar. Maka permaidani daripada Raja Muzaffar pun diambil orang pula, maka tinggal tikar hamparan setara orang banyak.

273

Text Box: B-281Setelah genap empat puluh hari anak raja itu di luar, ma­ka Laksamana mengarak kekuningan, ertinya: lampin, dan tilam, beras dan baju bajang; akan pawainya burung-burungan dibubuh di ujung galah, enam belas banyaknya, dan megat mahkotanya enam belas, dan tulang daing enam belas, dan kipas enam belas, orang berbaju seroja enam belas, kain keling empat puluh telepa, serasah empat puluh, cindai kara empat puluh, semuanya disampaikan pada galah; akan bantal dan tilam itu di atas gajah, semuanya berbunga emas berpermata; maka air mandi enam belas buah perarakan, banyak lagi perintahnya lain dari itu sempanakan juga adanya, Setelah datang ke dalam, maka anak raja dan raja perempuan pun di­mandikan oranglah; maka segala para puteri dan isteri Orang Besar-besar semuanya menyampaikan tetarupan. Telah sudah mandi, lalu Raja Ali ditabalkan ayahanda baginda, digelar Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, disebut orang Sultan Muda. Berapa lamanya maka Sultan Muda pun besarlah, terlalu baik khuluknya, dan perdana lakunya, Adapun akan Raja Muzaffar itu didudukkan oleh Sultan Mahmud Syah dengan Tun Terang, anak Tun Fatimah dengan Tun Ali, beranak seorang lelaki bernama Raja Mansur.

No comments:

Post a Comment