Wednesday, August 3, 2011

Inilah Semangat Tun Fatimah.

(Warkah untuk Bonda)


Wahai bondaku,
Katakan pada mereka,
Allah itu SATU
Bukan dua atau tiga

Kentallah hati, kentallah jiwa
Kerana musuh bukan tiada
Usung diri mu jangan hampa
Darah mu merah, gugur tiada

Wahai bondaku, dengarlah daku
Pantang undur tanpa kaki ku
Mara ke depan sudahlah tentu
Berkorbar semangat ku didalam baju

Tinggal kasih, tinggal sayang
kerana musuh sedang mendatang
Biarlah mereka aku tentang
Namun lari aku pantang

Darah ku merah gugur tiada
Hantaranku sungguh berbisa
Keris pendekku bukan tiada
Berapa musuh boleh saja

Nah, pergi kau dari sini
Jangan buat kacau lagi
Bisaku hantar melalui bumi
Semua rebah tiada berdiri

Wahai nyawa sayang tiada
Kerana Allah kerana negara
Pantang aku berundur saja
Kerana bangsa aku membela

Bangsa Melayu bangsa dunia
Sudah terkenal merata-rata
Kini ia hidup semula
Berdaulat dan beraja

Bergegaslah kamu kemuara
Musuh datang buat binasa
Cis! orang putih tidak berbahasa
Berani engkau meracun jiwa

Sudah ku kata gentar tiada
Kerana negara aku bela
sungguh berdaulat Melaka
Hingga keakirat ia bertakhta.

TF - 5.45 - 7/7/2011

No comments:

Post a Comment