Thursday, September 29, 2011

TEKS TITAH DIRAJA PERTUDUHAN HUKUMAN BUNUH

TEKS  TITAH DI RAJA  PERTUDUHAN  HUKUMAN BUNUH :
(teks ini dibacakan sebelum bendahara dan keluarganya  dihukum bunuh)

WAHAI SEKELIAN RAKYAT JELATA,

INI DIA BENDAHARA YANG TELAH MENDERHAKA,

INGIN MENGAMBIL ALIH KUASA SULTAN SEBAGAI RAJA,

DIA DAN KELUARGANYA BERSUBAHAT SAMA SAJA,

HANYA WANITA YANG TIADA,

OLEH ITU DENGAN PERINTAH SULTAN MAHMUD SYAH,

DENGAN PERINTAH DIRAJA,

MEREKA DIJATUHI HUKUMAN MATI DENGAN SERTA MERTA.


Tun Mutahir dahulu ditikam,
Diikuti Tun Hassan,
Kemudian Tun Ali,
Akhir sekali ayahanda Tun Ali.

Friday, September 23, 2011

MENGAPA TUN FATIMAH?


PENGENALAN
MENGAPA TUN FATIMAH?
Wanita Melayu Mulia


Mementaskan Teater Muzikal Melayu, ‘Selendang Tun Fatimah Sundang Melaka’ adalah satu tanggungjawab bangsa.

Memang wajar kerajaan Malaysia meletakkan nama Tun Fatimah sebagai gelaran anugerah tertinggi untuk wanita Malaysia yang boleh menjadi teladan. Bersepadan dengan sejarah hidup Tun Fatimah sendiri yang bertaraf dunia.
Sebagai sokongan kepada pengiktirafan kerajaan Malaysia kepada Tun Fatimah maka Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (Srikandi Tun Fatimah) mengusulkan sebuah teater berkaitan Tun Fatimah dengan tajuk ‘Selendang Tun Fatimah, Sundang Melaka’.
Teater ini mengangkat nama Tun Fatimah selayaknya berdasarkan Karya Agung Melayu, Sulalatus Salatin, susunan A. Samad Ahmad, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka dan penyelidikan budayawan Melayu Pak Tenas Effendy (Tengku Nasaruddin Effendy) serta usaha penyelidikan oleh Ladin Nuawi dan Srikandi Tun Fatimah sendiri.
Nama Tun Fatimah tersebut dalam sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka, sastera sejarah dan cerita lisan bangsa Melayu. Nama Tun Fatimah juga diabadikan untuk sekolah, pertubuhan, bangunan dan jalan-jalan di Malaysia hatta Indonesia. Tidak kurang juga dikisahkan semula dalam filem, drama, novel, cerpen, puisi dan kajian ilmiah.

Sejarah hidup Tun Fatimah setidak-tidaknya melalui tiga tahap penting.
Tahap pertama, Tun Fatimah lahir di zaman kemuncak Kesultanan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah, 1488-1511. Melaka waktu itu luas tanah jajahan, menjadi pusat perdagangan dan pusat agama Islam.
Tun Fatimah membesar dalam persekitaran tokoh-tokoh yang mencorak keagungan Melaka seperti Tun Perak (bapa sepupu) dan Laksamana Hang Tuah. Tun Fatimah puteri kepada Seri Maharaja Tun Mutahir Bendahara Melaka yang menggantikan Tun Perak. Tun Mutahir terkenal setia, pemurah, kaya, bijaksana dan disenangi oleh banyak pihak.
Lumrah anak pembesar akan diserahkan menuntut dengan tokoh yang lengkap ilmu zahir dan batin. Tun Fatimah mempelajari ilmu persilatan dan agama dengan Hang Tuah yang telah menjadi darwis. Di samping itu juga untuk melindungi Tun Fatimah daripada nafsu serakah Sultan. Apabila meningkat dewasa Tun Fatimah bernikah dengan sepupunya Tun Ali dan dikurniakan puteri Tun Terang.
Tahap kedua, Tun Fatimah sebagai Raja Perempuan (Permaisuri) Melaka. Ini susulan titah hukuman bunuh oleh Sultan terhadap keluarganya – suami, ayahanda, abang (Tuan Hassan) dan bapa saudara (Seri Nara Diraja). Titah ini berpunca daripada fitnah Kitul dan Syah Bandar Raja Mendaliar yang menyatakan keluarga Tun Fatimah akan merampas kuasa Sultan.

Sultan berdendam dengan Bendahara Tun Mutahir kerana dahulunya tidak mempersembahkan Tun Fatimah kepadanya. Sultan waktu sedang menduda dan ketiadaan Permaisuri. Sultan sendiri jatuh cinta berahi terhadap Tun Fatimah apabila melihat kecantikan Tun Fatimah di hari persandingan Tun Fatimah dengan Tun Ali.
Tun Fatimah sememangnya mampu membawa diri kerana mewarisi kekayaan keluarga. Juga, berupaya menolak kehendak Sultan berdasarkan maruahnya telah dicemari oleh Sultan. Pernikahan mereka membawa perubahan besar kepada Sultan dan kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Tun Fatimah satu-satunya balu yang menjadi permaisuri Sultan Melaka.

Tahap ketiga sepanjang kejatuhan Melaka. Di puncak kekuasaan, Sultan turun takhta. Sultan insaf apabila menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa dan mengikut nafsu terhadap keluarga Tun Fatimah. Didapati tiada bukti yang keluarga Tun Fatimah ingin merampas takhta. Kitul dan Raja Mendaliar dijatuhkan hukuman bunuh. Sultan menabal Raja Ahmad Syah sebagai pengganti. Sultan sekeluarga menjadi rakyat dan bersemayam di Kampung Kayu Ara, Hulu Melaka. Tun Fatimah reda mengikuti suaminya kerana suaminya telah membuktikan keinsafan yang mendalam.
Raja Ahmad tidak memerintah Melaka dengan baik. Akibatnya Melaka jatuh ke tangan Portugis. Demi mempertahankan maruah kesultanan Melaka, di Bintan, Sultan Mahmud menitahkan Raja Ahmad dibunuh secara senyap kerana ‘membuang akmal raja-raja’, iaitu membelakangi Pembesar Tua. Raja Muzaffar dilantik mengganti Raja Ahmad.
Sultan juga memenuhi janjinya dengan Tun Fatimah, jika Tun Fatimah melahirkan putera maka putera itu akan dilantik menjadi Sultan Melaka. Raja Ali (bergelar Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah) ditabalkan mengganti Raja Muzaffar. Sebelum itu mereka dikurniakan dua orang puteri, Raja Putih dan Raja Khadijah.
Sepanjang berundur dan bertempur dengan Portugis, Tun Fatimah sentiasa bersama-sama suami dan pahlawan Melaka menentang Portugis.

Sewajarnya Tun Fatimah menjadi rujukan Sultan Mahmud berdasarkan ketabahan menerima hukuman bunuh terhadap keluarganya, keredaannya menerima Sultan sebagai suami dan kesetiaan sepanjang hayat hidup bersama-sama Sultan dan kerajaan Melaka walaupun tinggal dalam buangan. Sewajarnyalah Tun Fatimah menjadi teladan untuk kita juga.
Tun Fatimah mangkat di Kampar (kini di bawah provinsi Riau, Sumatera, Indonesia). Kebanyakan raja-raja dan negeri-negeri Melayu sekarang datangnya daripada zuriat Tun Fatimah dengan Tun Ali dan dengan Sultan Mahmud.

Teks disediakan oleh: Ladin Nuawi

Sulalatus Salatin Petikan

X


Tun Mutahir Dijadikan Bendahara

Text Box: B-212ALKISAH tersebutlah perkataan Sultan Menawar Syah yang kerajaan di Kampar itu, telah mangkat; ada anak baginda se­orang lelaki bernama Raja Abdullah, ialah menggantikan kerajaan ayahanda baginda. Maka Raja Abdullah pun mengadap ke Melaka. Maka oleh Sultan Mahmud Syah akan Raja Abdullah itu diambil baginda akan menantu, didudukkan dengan anakanda baginda saudara Raja Ahmad. Maka dinobatkan pula, bergelar Sultan Abdullah Syah; maka Sultan Abdullah pun kembalilah ke Kampar.

Text Box: A-269Hatta berapa lamanya, maka Bendahara Putih pun kem­balilah ke rahmat Allah; maka dikerjakan bagindalah seperti istiadat Bendahara mati. Setelah sudah ditanamkan, maka Sultan Mahmud menyuruh kampungkan segala anak buahnya, barang yang patut jadi Bendahara. Pada masa itu ada sembilan orang yang patut menjadi Bendahara; pertama Paduka Tuan, kedua Tun Zainal Abidin, ketiga Tun Telanai, keempat Seri Nara Diraja, kelima Seri Maharaja, keenam Seri Wak Raja, ke­tujuh Tun Abu Syahid, kedelapan Tun Abdul, dan kesembilan Tun Bijaya Maha Menteri. Maka berdirilah berbanjar di hadap­an istana Sultan Mahmud. Maka titah baginda, "Siapa di antara Orang Kaya-kaya ini yang akan jadi Bendahara?" Maka sembah Paduka Tuan, "Patik yang sembilan orang ini semuanya patut jadi Bendahara; barang siapa yang dikehendaki duli Yang Dipertuan, itulah jadikan Bendahara. "

(ms 205)

Adapun bonda Sultan Mahmud, saudara Tun Mutahir itu, ada menengok-nengok dari balik pintu. Maka kata bonda baginda itu, "Tuan, Pak Mutahirlah kata, jadi Bendahara," kerana sangat kasih baginda akan saudaranya itu. Maka titah Sultan Mahmud, "Pak Mutahirlah jadi Bendahara." Maka se­kalian orang pun sukalah, dan segala saudaranya pun kabullah akan Seri Maharaja jadi Bendahara. Maka datanglah persalin­an seperti mana adat Bendahara; dan dianugerahi karas bandan dengan selengkap alatnya. Adapun akan adat dahulukala, apabila orang jadi Bendahara, atau jadi Penghulu Bendahari, atau jadi Temenggung, atau jadi Menteri, dianugerahi baju sakhlat dan karas bandan dengan selengkap alatnya, tetapi Penghulu Bendahari, dan Temenggung, dan Menteri tiada berkobak, hanya Bendahara berkobak dan buli-buli dawat; jika jadi Temenggung dianugerahi tombak bertetarupan.
Text Box: B-213
Text Box: A-270Setelah Seri Maharaja jadi Bendahara, bergelar Bendahara Seri Maharaja, maka negeri Melaka pun makin makmurlah, lagi dengan ramainya, kerana Bendahara Seri Maharaja terlalu saksama, serta adil dengan murahnya; dan terlalu baik budi pekertinya pada membaiki orang, dan terlalu sangat pada merneliharakan segala dagang. Maka akan adat kapal dari atas angin apabila akan belayar ke Melaka, serta ia membongkar sauh, maka selawatlah malim, disahut nakhoda dengan segala kiwi, "Selamat Bendahara Melaka! Pisang jarum, air Bukit China; Bendahara Seri Maharaja." Maka sahut segala khalasi, "Orang berbayu tok, berbayur." Setelah itu belayarlah ia ke Melaka.

Adapun akan Bendahara Seri Maharaja, besar daripada Bendahara yang lain, jikalau ia duduk di balai dihadap orang di atas tikar pacar, di bawah tikar pacar itu di bentangi permaidani; jikalau raja-raja datang tiada dituruninya, sehingga diunjukkannya tangannya, katanya, "Naik tuan, naik tuan," melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka dituruni oleh Bendahara Seri Maharaja. Jikalau raja Pahang, Bendahara Seri Maharaja berdiri; maka raja Pahang naik duduk pada tempat Bendahara Seri Maharaja itu, dan Bendahara Seri Maharaja duduk hampir dekat.

Adapun akan Bendahara Seri Maharaja banyak anaknya; yang tua sekali lelaki, Tun Hassan namanya; terlalu baik rupa­nya, dan perdana lakunya; ialah menjadi Temenggung akan ganti ayahnya; akan istiadat Temenggung, mengatur orang (ms 206) Text Box: A-271makan di balairung. Adapun akan Tun Hassan Temenggung, apabila akan mengatur orang makan, maka ia memakai se­berhana pakaian; berkain memancung, bersebai, berdestar berhalaman, bertajuk dan berkancing; maka ia berjalan di naga-naga mengatur orang makan itu, menunjuk-nunjuk dengan kipas, lakunya seperti pendekar yang tahu menari. Dan Tun Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal tangan baju, dan meman­jangkan tangan baju; akan dahulu baju Melayu kecil juga. Maka dipantunkan orang:

Murah dikata derji,
Empat hasta sehelai baju;
Muda berusul lela Manja,
Bagai mutia dalam teraju.

Text Box: B-214Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya, lagi sangatlah hiasan; pada sehari enam tujuh kali bersalin pakaian, baju yang hadir juga seratus banyaknya, pelbagai rupa dan warnanya; destar yang sudah terikat pada kelebut dua tiga puluh semuanya, sudah dipakai belaka; cermin besar setinggi berdiri satu. Apabila Bendahara Seri Maharaja sudah berkain, berbaju, berkeris, dan bersebai, lalu naik duduk di buaian. Maka Bendahara Seri Maharaja bertanya kepada isterinya, katanya, "Tuan, tuan, destar mana yang patut dengan kain baju beta ini?" Maka kata Bendahara perempuan, "Destar anu itulah yang patut" Maka barang yang dikata oleh Bendahara perempuan itulah yang dipakai oleh Bendahara Seri Maharaja, Demikianlah hal Bendahara Seri Maharaja pada zaman itu, seorang pun tiada taranya.

Text Box: A-272Sekali persetua, Bendahara Seri Maharaja duduk dihadap orang banyak; maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala orang yang mengadap dia itu, "Mana baik hamba, mana baik si Hassan?" Maka sembah segala orang itu, "Baik juga Datuk daripada anakanda." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Salah kata tuan hamba itu, kerana hamba pun ada bercermin; pada mata hamba, baik juga si Hassan, kerana ia orang muda; tetapi termanis hamba sedikit." Maka sahut segala orang yang banyak, "Sungguhlah gerangan seperti sabda Datuk itu."

(ms 207)


………
Akan Seri Nara Diraja, kakak Bendahara Seri Maharaja jadi penghulu Bendahari juga; beranak lima orang, yang tua sekali lelaki, Tun Ali namanya; seorang lagi perempuan Tun Kudu namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud, disuruh panggil pada segala orang dalam "Datuk Tuan", (ms 210)
…….


XIII


Tun Fatimah Anak Bendahara Seri Maharaja


A-336 ALKISAH maka tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, ter­lalu sekali elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan pernama pada ketika cuaca. Tambahan pula kena pakaian nika warna; anak Bendahara, apa yang hendak dipakainya, tiada siapa me­larang dia; makin bertambahlah baik parasnya. Dan akan saudaranya Tun Hassan Temenggung pun baik juga parasnya; maka diperbuatkan orang nyanyi:

Apa dijeruk dengan belimbing?
Geranggang mudik muara;
Apa diTerigok di balik dinding?
Tun Hassan Temenggung anak Bendahara.

Setelah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, Maka tatkala menghantar sirih, Raja Dibaruh dipersilakan oleh Bendahara Seri Maharaja; akan Raja Dibaruh itu, ayah saudara pada Sultan Mahmud Syah, saudara Sultan Alau'd-Din Syah yang tua sekali. Maka oleh Bendahara Seri Maharaja, Tun Fatimah ditunjukkannya pada Raja Dibaruh. Setelah Raja Dibaruh melihat rupa Tun Fatimah, maka terla­lulah hairan baginda memandang parasnya; maka kata Raja Dibaruh pada Bendahara Seri Maharaja, "Yang Dipertuan adakah (ms 250) Text Box: B-258Text Box: A-337sudah melihat anakanda ini?" Maka sahut Bendahara Seri Maharaja, "Belum duli Yang Dipertuan melihat." Maka kata Raja Dibaruh, ''Jikalau Bendahara tiada gusar, mahu beta berkata-kata." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Apa kehendak hati tuanku, katakanlah kepada patik." Maka kata Raja Dibaruh, akan anakanda ini terlalu sekali baik parasnya, pada hati beta tiada patut ia diberi bersuami sama orang keluaran ini; jikalau Bendahara mendengar kata beta, orang tua ini, janganlah anakanda diberi bersuami dahulu; baik juga ditunjukkan kepada Yang Dipertuan, kerana sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan, kerana permaisuri Pahang sudah mangkat; yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan, anak Bendaharalah akan jadi raja perempuan." Maka sahut Bendahara Seri Maharaja, "Tuanku, akan patik ini orang jahat, patut sama jahat juga." Maka kata Raja Dibaruh, "Baiklah, yang mana kesukaan Bendahara itulah kerjakan, kerana beta orang tua, sekadar mengingatkan Bendahara juga."

Text Box: A-338Setelah itu, maka Bendahara Seri Maharaja pun berjaga­-jagalah akan mengahwinkan anaknya, Tun Fatimah dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja. Setelah datang pada ketika yang baik, maka Sultan Mahmud Syah pun dipersilakan oleh Bendahara Seri Maharaja akan mengadap anaknya kahwin itu. Setelah Sultan Mahmud Syah datang, maka Tun Ali pun beraraklah, kahwin dengan Tun Fatimah. Maka Sultan Mah­mud Syah pun masuklah ke dalam rumah Bendahara Seri Maharaja mengadap orang bersuap-suapan itu. Setelah Sultan Mahmud Syah melihat rupa Tun Fatimah itu, maka baginda pun hairan; maka inginlah rasa baginda akan Tun Fatimah seperti kata syair:

Ma yarji'u al-tarfu 'ainnuhu 'inda ru 'yatihi,
Hatta yu' ada i-laiya al-tarfa musytaqu.

Yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin hertam­bah dendam juga adanya. Maka baginda berkata dalam hati­nya, "Jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah baik anaknya, tiada ditunjukkannya kepada kita." Maka Sultan Mahmud Syah pun berdendamlah rasanya akan Bendahara Seri Maha­raja. Setelah sudah orang kahwin, maka Sultan Mahmud (ms 251) Syah pun bcrangkatlah ke istana baginda, santap pun baginda tiada; maka tiada lepas lagi Tun Fatimah daripada hati ba­ginda. Maka Sultan Mahmud Syah sentiasa mencari cedera akan Bendahara Seri Maharaja. Setelah berapa lamanya Tun Ali duduk dengan Tun Fatimah, maka ia beranak seorang perempuan, Tun Terang namanya; baik juga rupanya.
Text Box: B-259

Kekayaan Bendahara Seri Maharaja


Maka tersebutlah perkataan ada seorang Keling diam di Melaka, jadi Syahbandar, Raja Mendaliar namanya, terlalu kaya; pada zaman itu tiadalah ada taranya dalam Melaka itu. Sekali persetua, Raja Mendaliar duduk mengadap Bendahara Seri Maharaja, maka kata Bendahara, "Hai Raja Mendaliar, hen­daklah tuan hamba berkata benar, berapa ada emas tuan hamba?" Maka kata Raja Mendaliar, "Tunku, emas sahaya tidak banyak, ada lima bahara." Maka kata Bendahara Seri Maha­raja, "Lebih hanya sebahara emas kita daripada emas Raja Mendaliar."
Text Box: A-339
Adapun akan Bendahara Seri Maharaja, sediakala ia menyuruh mencari, tiada pernah rosak; maka Bendahara Seri Maharaja asyik-asyik dikampungkannya segala anak cucunya, maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Hei budak-budak, maukah engkau memandang emasku?" Maka sahut anak buah Bendahara, "Mau, Datuk." Maka kata Bendahara Seri Maha­raja, "Pergilah ambil peti arah ke anu itu." Maka segala anak buah Bcndahara pun pergilah mengambil peti itu diusungnya, diramai-ramainya, dibawanya ke hadapan Bendahara Seri Maharaja. Maka oleh Bendahara disuruhnya buka, tuangkan pada tikar, disuruhnya sukat dengan gantang. Maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala anak buahnya, "Ambil olehmu segenggam seorang, buat permainan." Maka diambil­lah oleh segala anak buahnya segenggam scorang, dibawanya ke rumah yang baharu dibuat oleh Bendahara Seri Maharaja itu, Maka emas itu dibubuhnya pada segenap pahatan bendul dan pahatan pintu; setelah itu pergilah ia bermain. Telah hari petang, masing-masing turun pulang ke rumahnya.

Pada pagi-pagi hari, maka segala orang yang bekerja rumah itu pun datanglah; dilihatnya emas, lalu diambilnya. Apabila segala anak buah Bendahara Seri Maharaja teringat akan emas (ms 252) Text Box: A-340Text Box: B-260itu, masing-masing pergi ke rumah itu, dilihatnya tiada, masing-masing pun pulang menangis. Setelah didengar oleh Bendahara, maka ditanyanya, "Apa yang ditangiskan budak­budak itu?" Maka sahut orang, "Emas kelmarin hilang." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Janganlah menangis, biarlah kuganti," Maka diberi pula oleh Bendahara emas segenggam seorang.

Adapun segala anak buah Bendahara Seri Maharaja, jika pergi berburu kerbau jalang atau rusa, jikalau ia tiada beroleh, maka ia singgah pada kandang kerbau Bendahara Seri Maharaja, maka ditikamnyalah kerbau itu dua tiga ekor, disuruhnya sembelih; maka diambil sepaha dihantarkan kepada Bendahara Seri Maharaja. Maka kata Bendahara, "Daging apa ini?" Maka kata orang yang menghantar itu, "Daging kerbau, anakanda dan cucunda pergi berburu tadi tiada beroleh perburuan, lalu anakanda dan cunda singgah pada kandang kerbau Datuk yang di Kayu Ara; diambil anakanda dan cucunda sekor seorang." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Nakalnya budak-budak itu; telah jadilah adat kepadanya, jika ia tiada beroleh berburu, kerbau kitalah diperburuinya."

Text Box: A-341Sebermula, jikalau hamba Bendahara Seri Maharaja datang dari teluk rantau, berbaju kesumba berkancing, berdestar pelangi, maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Siapa nama tuan hamba?" Maka sembah orang itu, "Sahayaini hamba datuk, nama sahaya si anu, anak si anu, cucu si anu." Maka kata Bendahara, ''Jikalau demikian, engkau ini anak si anu­kah? Turun, turunlah engkau duduk ke bawah." Demikian­lah peri kebesaran Bendahara Seri Maharaja, tiada mengenal Hamba sahayanya daripada banyaknya; pada hati Bendahara Seri Maharaja, kekayaannya itu datang kepada anak cucunya, makan dan pakai tiada akan habis.

Sekali persetua, hari raya, maka Bendahara Seri Maha­raja dan segala Orang Besar-besar pun masuklah ke dalam, duduk di balairung menantikan raja keluar; maka Raja Mendaliar pun datang hendak menyembah Bendahara Seri Maha­raja, lalu ditepiskan oleh Bendahara tangan Raja Mendaliar, seraya katanya, "Ceh Keling ini, tiada tahu bahasa; patutkah tuan hamba menyembah Hamba di balai raja ini? Datang ke rumah hamba tiadakah tuan hamba patut? Lagi pula pada (ms 253) duli Yang Dipertuan belum kita menjunjung duli; bagaimana akan kita berjabat tangan dahulu?" Maka Raja Mendaliar pun undur, malu rasanya.



Punca Mencetuskan Sekejam-kejam Hukuman


Text Box: A-343Sebermula ada seorang saudagar, Nina Sura Dewana namanya, penghulu segala saudagar dalam negeri Melaka; maka Nina Sura Dewana pun berdakwa dengan Raja Mendaliar; keduanya pergi bicara kepada Bendahara Seri Maharaja. Hari itu hampir petang, maka kata Bendahara pada Raja Mendaliar dan Nina Sura Dewana, "Kembalilah tuan Hamba dahulu, kerana hari telah petang; esok harilah tuan Hamba datang." Maka sembah Raja Mendaliar dan Nina Sura Dewana, "Baiklah tunku;" maka Raja Mendaliar pun bermohonlah bersama-sama dengan Nina Sura Dewana kembali ke rumahnya. Setelah hari malam, maka Nina Sura Dewana pun fikir pada hatinya, "Adapun bahawa Raja Mendaliar itu orang kaya, kalau-kalau dia menyorong pada Datuk Bendahara, nescaya alah aku olehnya; jikalau demikian baik aku pergi pada malam ini pada Bendahara Seri Maharaja." Setelah demikian fikimya, maka oleh Nina Sura Dewana diambilnya emas sebahara, dibawanya kepada Bendahara.

Setelah datang keluar pagar Bendahara, maka kata Nina Sura Dewana pada penunggu pintu. "Beri tahu Datuk Benda­hara, katakan Nina Sura Dewana datang hendak mengadap." Maka dipersembahkan oleh penunggu pintu. Maka Bendahara pun keluar; maka Nina Sura Dewana pun masuklah mengadap Bendahara Seri Maharaja. Maka emas sepuluh kati itu diper­sembahkan pada Bendahara; kata Nina Sura Dewana pada Bendahara. "Tunku, emas ini persembah sahaya akan pembeli sirih pinang." Maka kata Bendahara, "Baiklah, tuan hamba memberi hamba, hamba ambillah." Maka Nina Sura Dewana pun bermohonlah kepada Bendahara Seri Maharaja, lalu kem­bali ke rumahnya.

Text Box: A-344Maka ada seorang Keling, keluarga pada Nina Sura Dewana, Kitul namanya; akan Kitul itu berhutang kepada Raja Mendaliar sekati emas. Setelah Nina Sura Dewana kem­bali dari kampung Bendahara Seri Maharaja, maka pada waktu tengah malam, ketika sunyi orang tidur, maka Kitul pun pergi ke rumah Raja Mendaliar; ditepuknya pintu Raja Mendaliar. Maka Raja Mendaliar pun terkejut, katanya, "Siapa di luar pintu itu?" Maka sahut Kitul, "Beta Kitul." Maka disuruhnya Raja Mendaliar bukai pintu, maka Kitul pun masuk/dilihat- (ms 255) Text Box: B-263nya Raja Mendalir bersukaan dengan segala anak isterinya. Maka kata Kitul, "Hei Raja Mendaliar, baik sekali tuan Hamba bersuka-sukaan pada malam ini, kerama akan datang tiada tuan Hamba tahu. Maka oleh Raja Mendaliar dipimpinnya tangan Kitul, dibawanya pada tempat yang sunyi. Maka kata Raja Mendalir, "Hei Kitul, apa jua ada khabar tuan hamba dengar?" Maka kata Kitul. "Malam tadi Nina Sura Dewana datang kepada Datuk Bendahara, persembah sepuluh kati emas, hendak menyuruh bunuh tuan hamba; akan sekarang Datuk Bendahara telah sebicaralah dengan Nina Sura Dewa­na, tuan hamba hendak dikerjakannya."

Raja Mendaliar mendengar kata Kitul itu, maka Raja Mendaliar pun mengambil surat hutang Kitul, lalu di­carik-cariknya; kata Raja Mendaliar pada Kitul, "Yang hutang tuan hamba sekati emas itu, halallah dunia akhirat, tuan hambalah saudara pada hamba; kembalilah tuan hamba." Maka Kitul pun kembalilah ke rumahnya. Maka pada malam itu juga, diambil oleh Raja Mendaliar emas sebahara, dan permata yang baik-baik, dan pakaian yang indah-indah, di­bawanya pada Laksamana Khoja Hassan, kerana pada zaman itu segala kaum Laksamana terlalu karib pada Sultan Mah­mud Syah.

Setelah datang ke luar pintu Laksamana, maka ia minta bukai pintu; maka Raja Mendaliar pun masuklah mengadap Laksamana, maka segala harta yang dibawanya, semuanya disembahkannya kepada Laksamana. Kata Raja Mendaliar pada Laksamana, "Sahaya mengadap Orang Kaya ini, sahaya berlepas taksir, supaya jangan sahaya dikatakan orang sebicara dengan penghulu sahaya; kerana telah sahaya ketahui bahawa Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang Kaya persembah­kanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takh­ta kerajaan, menerupa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini. Setelah Laksamana melihat harta terlalu banyak itu, maka hilanglah budi bicara akal yang sempurna itu, sebab disamun oleh harta dunia Bita ai' zahab Khuda nuqit walakin nina hasil ista, yakni: "Hei emas, Tuhan bukan engkau, tetapi kehendak hati berlaku olehmu." Maka kata Laksamana kepada Raja Mendaliar, "Baiklah, Hamba persembahkan dia ke bawah Duli Yang Di­pertuan."
(ms 256)

Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara


Text Box: A-346Text Box: B-264Maka Laksamana pun masuklah mengadap Sultan Mahmud; segala kata-kata Raja Mendaliar itu semuanya dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mahmud. Setelah Sultan Mahmud mendengar sembah Laksamana itu, kabullah pada hati baginda, seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda sedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja raja, sebab anaknya Tun Fatimah itu; seperti kata Farsi: "Al mahabbat bain niyat, Wal 'asyiq fikr niyat," ertinya: "Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada." Maka Sultan Mahmud Syah pun menyuruh memanggil Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara; setelah keduanya datang, maka dititahkan baginda membunuh Bendahara Seri Maharaja. Maka mereka keduanya pun pergilah dengan segala hamba raja. Maka segala anak buah Bendahara dan kaum keluarganya, dan segala orangnya semuanya berkampunglah pada Bendahara Seri Maharaja, sekaliannya dengan alat senjatanya; Tun Hassan Temenggung hendak melawan, ditegah oleh Bendahara Seri Maharaja, katanya, "Hei Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka."

Setelah Tun Hassan Temenggung mendengar kata Benda­hara itu, maka Tun Hassan Temenggung pun membuangkan senjata dari tangannya, lalu berpeluk tubuh; maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala kaum keluarganya, dan kepada segala orangnya, "Barang siapa kamu melawan, hamba dakwa ia di akhirat." Setelah mendengar kata Benda­hara Seri Maharaja itu, sekaliannya pun membuangkan Senjata dari tangan, lalu kembali ke rumah masing-masing. Maka tinggallah Bendahara Seri Maharaja dua bersaudara dengan Seri Nara Diraja; segala anak buahnya undur belaka.

Maka Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pun masuk­lah, membawa keris Sultan Mahmud Syah, dibubuhnya di atas ceper perak, ditudungi dengan tetarupan, dikeluarkan di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Maka kata Tun Sura Di­raja, "Salam doa anakanda, bahawa takdir Allah Taala telah datanglah pada hari ini." Maka sahut Bendahara Seri Mahara­ja dan Seri Nara Diraja, "Barang yang telah berlaku, pada hukum Allah itu, Hamba pun redalah." Maka Bendahara Seri Maharaja dan Seri Nara Diraja pun mengambil air sembahyang. (ms 257)

Text Box: B-265Text Box: A-347Maka oleh Tun Hassan Temenggung, peti emas itu hendak di­buangkannya ke air; maka ditegah Bendahara Seri Maharaja, katanya, "Hei, hei, Hassan! Mengapa maka peti emas itu hen­dak dibuangkan? Kerana Yang Dipertuan membunuh kita ini, bukanlah hendakkan emas kita? Jikalau kita sudah mati, biarlah emas kita diambil oleh Yang Dipertuan akan kebakti­an kita," Maka tiadalah jadi dibuangkan oleh Tun Hassan Temenggung peti itu. Maka Bendahara Seri Maharaja, dan Seri Nara Diraja, dan Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali, suami Tun Fatimah pun dibunuhlah empat orang, oleh Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara,

Maka ada seorang anak Seri Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali Mia Sima namanya, dari ekor pipi lalu ke keningnya, tiada ke hujungan, Tun Hamzah namanya; akan Tun Hamzah tertiarap.

Text Box: A-348Setelah dilihat oleh anak Bendahara Seri Maharaja, Tun Abdul Karim seorang namanya, Tun Jenal seorang namanya, akan Tun Hamzah kena parang itu, maka keduanya datang ke hadapan Tun Sura Diraja, katanya, "Hei Tun Sura Diraja, hamba kedua bersaudara ini bunuhlah oleh tuan hamba;" Tengah ia berkata-kata itu, maka datang Sang Sura berlari-lari dari dalam membawa titah, katanya, "Jangan dibunuh yang lain, empat orang sahaja, titah." Maka kata Tun Sura Diraja, "Wah! Tun Hamzah sudah kena parang oleh Mia Sima, murkalah kelak duli Yang Dipertuan." Seraya katanya kepada Tun Abdul Karim dan Tun Jenal, "Tuan, kembalilah! Titah, akan ayahanda empat orang sahaja yang dibuangkan." Ada­pun Tun Abdul Karim dan Tun Jenal itu, adik Tun Fatimah. Setelah itu maka Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara, datanglah mengadap ke bawah duli Sultan Mahmud Syah, persembahkan Tun Hamzah kena parang itu. Maka baginda pun murka akan Mia Sima, disuruh bunuh. Akan Tun Hamzah disuruh ubati kepada tabib, disuruh baginda peliharakan baik-baik; maka dengan takdir Allah Taala, belum datang ajalnya, tiada mati. Ialah yang sangat dikasihi baginda; akan Bendahara Seri Maharaja empat beranak itu disuruh baginda tanamkan, seperti adat dianugerahi.

Adapun akan Tun Fatimah, isteri Tun Ali itu pun diambil baginda akan isteri, terlalu sangat dikasihi baginda; maka segala pusaka Bendahara Seri Maharaja semuanya dibawa (ms 258) Text Box: B-266orang ke dalam, maka dilihat baginda, seperti berita orang itu tiada sungguh, maka baginda pun terlalulah menyesal oleh membunuh Bendahara Seri Maharaja, tiada dengan periksanya lagi itu. Maka baginda suruh tafahusi pekerjaan itu dari mana datangnya. Setelah nyatalah diketahui baginda fitnah itu daripada Kitul, daripada Raja Mendaliar datangnya, maka Raja Mendaliar disuruh baginda bunuh dan umbut dengan segala rumahtangganya sekali; akan Kitul disuruh sulakan melintang dengan anak bininya, tanah bekas kaki tiangnya pun disuruh cangkul dibuangkan ke laut; dan akan Laksamana Khoja Hassan pun disuruh baginda rampas, oleh ia berdatang sembah tiada dengan periksanya itu; sebab pun tiada baginda bunuh, kerana sudah diharamkan darahnya oleh baginda, seperti kata ulama: "Al baqi al qaumu akhiruhum syariban," yakni, yang sungai minuman pada suatu kaum itu, kesudahan ia juga minum dia.

Bendahara Paduka Tuan [Bendahara Tepok]

Text Box: A-349Setelah itu maka Paduka Tuan, anak Bendahara Paduka Raja, dijadikan oleh Sultan Mahmud Syah Bendahara; akan Paduka Tuan itu telah tualah, gigi pun sudah tanggal habis…

Sultan Mahmud Membuang Kerajaan

Text Box: B-272Text Box: A-356Sebermula anak Bendahara Seri Maharaja, Tun Fatimah, di­peristeri oleh Sultan Mahmud Syah itu, terlalulah kasih bagin­da akan dia; seperti kata bait: "Juna takrim dardui jamal mahbubista qad saqafi hiyabnur amru nista," Yakni, apabila kutilik keelokan muka kekasihku, sesungguhnya tertariklah dalam hatiku kasih, sebab menilik cahaya mata kekasih itu, dan Tun Fatimah jadi raja perempuan dalam negeri Melaka; adapun akan Tun Fatimah, terlalu sangat percintaannya akan ayahnya, Bendahara Seri Maharaja; selama ia duduk dengan Sultan Mahmud Syah itu, jangankan ia tertawa, tersenyum pun ia tiada pernah. Maka Sultan Mahmud Syah pun turut masyghul, seperti kata bait: "Syarat mahbubista kah hujad dunista dusta dada daunina dusta;" yakni: syarat orang yang kasih itu, bahawa barang yang dikasihi oleh kekasihnya itu ia pun kasih hendaknya; demikian lagi barang yang dikebenci­nya pun. Maka Sultan Mahmud terlalu sangat menyesal diri baginda, oleh membunuh Bendahara Seri Maharaja itu. Hatta maka Sultan Mahmud pun membuangkan kerajaan baginda. Raja Ahmadlah dirajakan baginda, bergelar Sultan Ahmad Syah. Segala pegawai dan alat kerajaan sekaliannya diserah­kan baginda kepada Sultan Ahmad Syah. Maka Sultan Mah­mud Syah pun diam ke hulu Melaka, pada suatu tempat bernama Kayu Ara; hanya Sang Sura seorang juga teman baginda.

Text Box: A-357Adapun diceriterakan orang, apabila Sultan Mahmud Syah pergi bermain ke Tanjung Keling, atau kepada barang tempat, baginda berkuda; maka Sang Sura juga mengiringkan baginda. Bawaan Sang Sura, pertama uncang tempat sirih santap, ke­dua bungkusan, ketiga kalarndan; apabila didengar oleh Sultan Ahmad Syah ayahanda baginda berjalan itu, maka disuruh iringkan oleh Sultan Ahmad Syah pada segala Orang Besar-besar. Setelah Sultan Mahmud Syah melihat orang banyak datang mendapatkan baginda itu, maka Sultan Mahmud pun (ms 264) memacu kudanya lari, tiada mau diiringkan oleh segala Orang Kaya-kaya itu. Maka Sang Sura pun turut berlari, tiada ber­cerai dengan kuda raja; seraya ia berlari-lari itu, kakinya mengipas tapak kuda raja, supaya jangan dilihat orang, tangan­nya mengapur sirih santap, demikianlah perihal Sultan Mah­mud Syah rneninggalkan kerajaan.

Text Box: A-358Text Box: B-273Adapun Sultan Ahmad Syah tiada kasih akan Orang Besar­-besar; …

Adapun akan Tun Fatimah, disebut orang raja perempuan besar, tetapi apabila ia hamil dengan Sultan Mahmud Syah dibuangnya. Maka titah Sultan Mahmud Syah kepada Tun Fatimah, "Mengapatah maka tuan hamil dibuangkan? Tiada sukakah tuan beranak dengan beta?" Maka sahut Tun Fati­mah, "Apatah kerja raja beranak dengan beta lagi, kerana anak raja yang kerajaan telah ada." Maka titah Sultah Mah­mud, "Jikalau tuan hamil sekali lagi, jangan dibuangkan; (ms 265) Text Box: A-359jikalau ia lelaki ialah kita rajakan." Setelah itu maka Tun Fatimah pun hamil pula, tiadalah dibuangkannya lagi. Se­telah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranak perempuan, terlalu baik parasnya; serta jadi, disambut oleh Sultan Mahmud Syah, lalu dicium baginda; maka dinamai baginda Raja Putih. Terlalu sangat kasih baginda, tiada dapat terkatakan lagi kasih Sultan Mahmud Syah akan anakanda baginda itu. Hatta maka Tun Fatimah hamil pula; setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranak perempuan juga; maka dinamai oleh Sultan Mahmud, Raja Khadijah. Akan Sultan Ahmad Syah, sentiasa baginda mengaji tasauf pada Makhdum Sadar Jahan. Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi 'l-marji'u wa'l-ma'ab. (ms 266)


XIV

Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka


Text Box: B-274ALKISAH maka tersebutlah perkataan Alfonso d'Albuquer­que, setelah ia turun daripada wizurai, maka ia pun naik ke Portugal mengadap Raja Portugal, minta armada. Maka diberi oleh Raja Portugal empat buah kapal yang besar, dan lima B-274 buah ghali panjang, maka Alfonso d'Albuquerque pun turun ke Goa; berlengkap pula di Goa tiga buah kapal, delapan ghalias, empat buah ghali panjang, enam belas buah fusta, menjadi empat puluh tiga buah semuanya, maka pergilah ia. Setelah datang ke Melaka, maka orang Melaka pun geruparlah; maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Ahmad Syah, "Bahawa Peringgi datang menyerang kita, tujuh buah kapal, delapan buah ghalias, sembilan buah ghali panjang, enam belas buah fusta."

Maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat menghadirkan kelengkapan. Maka berperanglah Peringgi dengan orang Melaka; dibedilnya dari kapal, seperti hujan datangnya, bunyinya seperti guruh dari langit; rupa kilat api­nya seperti kilat di udara, dan bunyi istinggar seperti kacang direndang. Maka segala orang Melaka tiada lagi boleh berdiri di pantai, daripada kesangatan bedil Peringgi itu; maka ghali dan fusta dilanggarkannya ke pantai, maka Peringgi pun naik­lah melanggar, dikeluari oleh orang Melaka, lalu berperang terlalu ramai. Maka Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah, Makhdum Sadar Jahan dibawa baginda (ms 267) bertimbal rengka, kerana baginda berguru ilmu tauhid kepada­nya.
Text Box: A-360
Text Box: B-275Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda; maka oleh Sultan Ahmad Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah berharuburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya. Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar bu­nyinya. Maka Sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan, khabar pun baginda dada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya itu, Maka Makhdum berpegang dua-dua tangannya pada kiri kanan rengka; kata Makhdum Sadar Jahan pada Sultan Ahmad, "Hei Sultan, di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali." Maka Sultan Ahmad pun tersenyum, lalu baginda pun kembalilah ke istana, Maka Peringgi pun berseru dari kapal, katanya, "Hei orang Melaka! Ingat-ingat kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat." Maka sahut orang Melaka, "Baiklah!"

Maka Sultan Ahmad pun mengampungkan orang dan di­suruh berhadir senjata; maka hari pun malamlah, segala hulu­balang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu di balairung. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, "Apa kita buat duduk saja ini? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya." Maka sahut Tun Muhammad Unta, "Benarlah seperti kata tuan-tuan itu; baik­lah Tun Indera Segara pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana Peringgi akan melang­gar esok hari. "

Text Box: A-361Maka Tun Indera Segara pun masuklah mengadap Sultan Ahmad, segala sembah orang itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi baginda Hikayat Amir Hamzah, titah baginda pada Tun Indera Segara, "Katakan pada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut dada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Hanafiah; hanya jikalau seperti Amir Hamzah adalah gerang­an beraninya, sebab itulah maka kita beri Hikayat Amir Hamzah."

Maka Tun Indera Segara pun keluarlah membawa Hikayat Text Box: B-276Amir Hamzah itu (ms 268). Maka segala titah Sultan Ahmad itu semua­nya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, semua­nya diam. Maka sahut Tun Isap pada Tun Indera Segara, "Persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan, salah titah itu; hendaknya Yang Dipertuan seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu seperti hulubalang Beniar." Maka Tun Indera Segara pun masuk mengadap; segala sembah Tun Isap itu, semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad. Maka baginda pun tersenyum, maka titah Sultan Ahmad, "Benar katanya itu," maka dianugerahi baginda Hikayat Muhammad Hanafiah.

Text Box: A-362Setelah hari siang, maka Peringgi pun naiklah ke darat melanggar. Sultan Ahmad pun naik gajah, Juru Demang namanya; Seri Udani di kepala, Tun Ali Hati di buntut. Maka baginda pun keluarlah dengan segala hulubalang; maka ber­peranglah orang Melaka dengan Peringgi, terlalu sabur; daripada sangat tempuh segala hulubalang Melaka, segala Peringgi pun undur. Maka tampil Alfonso di' Albuquerque dengan seribu seldadu beristinggar, menempuh pada segala orang Melaka, bunyi peluru istinggar seperti kacang jatuh ke bidai; daripada sangat tempuh anak Portugal, pecahlah perang orang Melaka, lalu undur; maka tinggal Sultan Ahmad seorangnya, terdiri di atas gajahnya. Maka oleh Peringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya, dibanyak-banyakinya; maka Sultan Ahmad pun beradakkan tombak dengan Peringgi, kena tapak tangan baginda, luka sedikit. Maka oleh Sultan Ahmad di­gedangkannya tangannya, titah baginda; "Hei anak Melayu, lihatlah tangan kita!" Setelah melihat tangan Sultan Ahmad luka itu, maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula beramuk dengan Peringgi.

Adapun tatkala mula Peringgi melanggar itu, Tun Sallehu'd­-Din minta ikat pinggangnya pada cucunya; maka diikat oleh cucunya, seraya kata cucunya, "Nenek, nenek memakai ikat pinggang Datuk PadukaRaja ini, jangan nenek bawa lari." Maka kata Tun Sallehu'd-Din, "Insya-Allah Taala, Awang! Lihatlah olehmu." Maka ia pun pergilah keluar mengiringkan Sultan Ahmad. Setelah ia melihat tangan Sultan Ahmad luka itu, maka Tun Sallehu'd-Din pun tampil ke hadapan gajah Sultan Ahmad, beradakkan tombak dengan Peringgi; maka ditikam oleh Peringgi kena dada Tun Sallehu'd-Din terus (ms 269) ke belakang, rebah, lalu mati. Maka tengah tiga puluh hulubalang Melaka yang pilihan mati, Seri Udani pun luka ari-arinya kena tombak Peringgi. Maka gajah pun diderumkan, Seri Udani pun diusung oranglah dibawa kembali ke rumahnya; maka disuruh oleh Sultan Ahmad lihat pada tabib; diduga oleh tabib dengan ekor sirih, kata tabib, "Insya-Allah Taala tiada mengapa, dapat diubat; jikalau sekerat beras juga lagi masuknya, nescaya Seri Udani mati."


Sultan Mahmud, Sultan Ahmad Berlepas Diri

Text Box: A-363
Text Box: B-277Maka Melaka pun alahlah, dinaiki oleh Peringgi dari ujung balai, tiba-tiba lalu ke dalam. Maka segala orang Melaka pun larilah; maka Sultan Mahmud Syah pun berlepaslah. Adapun akan Bendahara ditandu orang di bawa lari, Si Lamat Gagah nama orang yang menandu itu. Maka Peringgi pun datanglah berturut-turut; maka kata Bendahara pada Si Lamat Gajah, "Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku pada Peringgi!" Maka tiada diberi oleh segala anak cucunya. Maka kata Bendahara, "Ceh! Cabamya segala orang muda-muda ini, apa daya aku telah tepok, kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini!"

Maka Sultan Ahmad pun undurlah ke hulu Muar, baginda diam di Pagoh; akan Sultan Mahmud Syah diam di Batu Ham­par; akan Bendahara diam di Lubuk Batu. Maka Sultan Ahmad berkota di Bentayan. Maka Peringgi pun diamlah di Melaka, akan pagar ruyung istana dibuatnya kota. Hatta Bendahara pun hilanglah, ditanamkan di Lubuk Batu; Datuk itulah disebut orang 'Bendahara Lubuk Batu'. Maka Peringgi pun datang melanggar Pagoh, maka berperanglah ada berapa hari; maka Sang Setia pun mati, Pagoh pun alahlah. Maka Sultan Ahmad dan ayahanda baginda pun undurlah ke hulu Muar, lalu ke Penarikan, dari Penarikan lalu berjalan ke Pahang; maka setelah bertemu dialu-alukan oleh Sultan Abdul Jamal dan Sultan Mansur Syah dengan seribu kebesaran dan kemuliaan; dibawa baginda masuk ke negeri Pahang. Maka oleh Sultan Mahmud Syah, anakanda baginda yang perempuan, beranak dengan permaisuri Kelantan itu dikahwinkan baginda dengan Sultan Mansur Syah.

Hatta berapa lamanya baginda di Pahang, lalu berangkat ke johor, duduk di Pekan Tua, membuat kota kara; maka (ms 270) Text Box: A-364sembah segala rakyat, "Tuanku, jauh amat ke hulu negeri ini." Maka baginda pun lalu ke Bintan bernegeri di sungai Bukit Batu Pelabuhan namanya. Sultan Mahmud Syah diam di Tebing Tinggi, Laksamana Khoja Hassan duduk di Pantar.

Text Box: B-278Adapun akan Sultan Ahmad, sekaliannya baik, lagi dengan murahnya; tetapi hanya suatu celanya, sebab tiada kasih akan segala Orang Besar-besar dan segala pegawai, melainkan yang dikasihi baginda segala orang muda-muda dengan segala hamba raja yang tersebut itu juga dikasihi baginda, Apabila segala orang muda-muda itu sudah makan di dalam, ayam suapan dan nasi kunyit atau barang sebagainya, maka apabila Orang Besar-besar datang mengadap Sultan Ahmad, didapatinya mereka itu tengah makan, maka dikias-kiasinyalah segala Orang Besar-besar itu, katanya, "Mana rimah nasi kunyit dan tulang ayam suapan yang kita makan tadi?"

Maka segala kelakuan itu kedengaran kepada Sultan Mahmud Syah; maka tiadalah berkenan pada baginda akan afal anakanda baginda itu membuangkan akmal raja-raja, maka disuruh baginda kerjakan dalam senyap; seperti firman Allah Taala: "Iza ja'a ajaluhum la yasta' khiruna sa'atan, wala yastaq dimuna", yakni apabila datang ajal mereka itu, tiada terkernudian seketika, dan tiada terdahulu seketika jua pun. Maka Sultan Ahmad pun mangkatlah, ditanamkan di Bukit Batu; itulah disebut orang 'Marhum di Bukit Batu'.

Melantik Orang Besar-besar Kerajaan


Text Box: A-365Setelah Sultan Ahmad sudah mangkat, maka oleh Sultan Mahmud anakanda baginda Raja Muzaffarlah ditirnangkan baginda akan kerajaan. Hatta Sultan Mahmud pun membuat negeri pula di Kopak. Adapun akan anakanda baginda Raja Muzaffar diserahkan mengaji pada seorang mualim, sama-sama dengan anak tuan-tuan banyak; maka tempat baginda mengaji itu, pertama dibentangi tikar Haruparan, sudah itu permaidani, di atas permaidani itu peterana, di atas peterana itulah Raja Muzaffar duduk mengaji. Maka Raja Muzaffar didudukkan baginda dengan Tun Terang, anak Tun Fatimah, beranak seorang lelaki bernama Raja Mansur. Maka Tun Khoja Ahmad, anak Bendahara Lubuk Batu, dijadikan Sultan Mahmud Syah Bendahara, bergelar Paduka Raja; Tun Abu Ishak, anak Orang Kaya Tun Abu Sahid, dijadikan (ms 271) Text Box: B-279baginda Perdana Menteri, bergelar Seri Amar Bangsa, duduk berseberangan dengan Bendahara; saudaranya bernama Orang Kaya Tun Muhammad, beranakkan Orang Kaya Tun Undan, dan Orang Kaya Tun Sulit, dan bonda Tun Hamzah, dan bonda Datuk Darat. Adapun Datuk Darat beranakkan Tun Isap Berakah; anak Bendahara Paduka Raja bergelar Paduka Tuan.

Text Box: A-366Adapun Tun Hamzah, anak Seri Nara Diraja yang kena parang itu, dijadikan Sultan Mahmud Syah Penghulu Benda­hari, bergelar Seri Nara Diraja juga, ganti ayahnya; ialah yang sangat dikasihi Sultan Mahmud Syah, tiada bandingnya pada zaman itu. Maka Tun Abdul Karim, anak Bendahara Seri Maharaja, digelar baginda Seri Wak Raja, dan saudaranya Tun Jenal, digelar Raja Indera Bongsu. Adapun Tun Mai Ulat Bulu, Temenggung Seri Udani juga; maka Tun Biajid Rupat, anak Bendahara Seri Maharaja, dijadikan baginda menteri, di­gelar Seri Utama; dan Tun Umar, anak Seri Wak Raja, dijadikan menteri juga, bergelar Seri Petam; maka Tun Mahmud, saudara Tun Hamzah, anak Seri Nara Diraja yang tua, dijadi­kan kepala bentara, bergelar Tun Nara Wangsa. Maka anak Paduka Tuan yang bernama Tun Mat, bergelar Tun Pikrama Wira; maka Seri Utama beristerikan Tun Cendera Panjang, anak Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, beranak seorang lelaki bernama Tun Dollah dan Orang Kaya Tun Hassan. Adapun Orang Kaya Tun Hassan beranakkan Tun Ping, bergelar Seri Amar Bangsa; seorang lagi Tun Muyubah namanya, disebut orang Datuk Terigah; seorang lagi anak Orang Kayu Tun Hassan, Tun Cina namanya, disebut orang Datuk Bongsu; yang tua sekali anak Orang Kaya Tun Hassan, Tun Munah namanya, diperisteri oleh Datuk Bendahara Johor,

Akan Seri Amar Bangsa Tun Ping itu beranakkan Tun Esah, berlakikan Megat Biajid, beranakkan Megat Dollah; akan Megat Dollah beranakkan Tun Tipah, duduk dengan Tun Mir, Bendahara Perak sekarang; seorang lagi anak Seri Amar Bangsa Tun Ping, Tun Kadut namanya, beristerikan Tun Jalak, anak Datuk Kilab, saudara Datuk Kala dan Datuk Jembang, asalnya Raja Cempa konon. Akan Tun Kadut, ber­anak dengan Tun Jalak seorang perempuan Tun Aminah namanya, diperisteri oleh Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang.

(ms 272)



Anak Raja Bakal Kerajaan


Sebermula setelah Sultan Mahmud Syah pindah ke Kopak, maka isteri baginda, Tun Fatimah pun hamil pula, maka ter­lalulah suka Sultan Mahmud Syah melihat isteri baginda hamil itu. Maka segala isteri Orang Besar-besar pun berganti­ganti bertunggu di dalam; setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranaklah lelaki. Maka Sultan Mahmud Syah terlalu sukacita melihat anakanda baginda lelaki, lalu baginda menyuruh memalu gendang kesukaan; bedil pun dipasang oranglah, terlalu azamat bunyinya, kerana ketika itu bunyi meriam dua belas pucuk dan gendang pcrang terlalu gemuruh. Maka anak raja itu pun dimandikan, setelah sudah mandi, disuruh baginda bangkan pada kadi; maka Orang Besar-besar pun persembahkanlah kepada anak raja itu masing-masing pada kadarnya. Serta baginda itu jadi, maka peterana dari­pada Raja Muzaffar pun diambil oranglah.

Text Box: A-368Setelah tujuh hari di luar, maka Temenggung pun menga­rak air mandi. Dan pisau pencukur anak raja itu, pisau tem­baga suasa, berhulu emas berpermata; maka anak raja itu pun dicukur oleh Bendahara, maka gendang palu-paluan pun di­palu oranglah seperti adat kerajaan, maka rambut anak raja itu ditimbang oleh Bendahara perempuan dengan emas dan perak, didermakan kepada segala fakir dan miskin. Telah bercukur, maka anak raja itu dinamai Raja Ali, timang-timangannya Raja Kecil Besar. Maka permaidani daripada Raja Muzaffar pun diambil orang pula, maka tinggal tikar hamparan setara orang banyak.

273

Text Box: B-281Setelah genap empat puluh hari anak raja itu di luar, ma­ka Laksamana mengarak kekuningan, ertinya: lampin, dan tilam, beras dan baju bajang; akan pawainya burung-burungan dibubuh di ujung galah, enam belas banyaknya, dan megat mahkotanya enam belas, dan tulang daing enam belas, dan kipas enam belas, orang berbaju seroja enam belas, kain keling empat puluh telepa, serasah empat puluh, cindai kara empat puluh, semuanya disampaikan pada galah; akan bantal dan tilam itu di atas gajah, semuanya berbunga emas berpermata; maka air mandi enam belas buah perarakan, banyak lagi perintahnya lain dari itu sempanakan juga adanya, Setelah datang ke dalam, maka anak raja dan raja perempuan pun di­mandikan oranglah; maka segala para puteri dan isteri Orang Besar-besar semuanya menyampaikan tetarupan. Telah sudah mandi, lalu Raja Ali ditabalkan ayahanda baginda, digelar Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, disebut orang Sultan Muda. Berapa lamanya maka Sultan Muda pun besarlah, terlalu baik khuluknya, dan perdana lakunya, Adapun akan Raja Muzaffar itu didudukkan oleh Sultan Mahmud Syah dengan Tun Terang, anak Tun Fatimah dengan Tun Ali, beranak seorang lelaki bernama Raja Mansur.