X
Tun Mutahir Dijadikan Bendahara


(ms 205)
Adapun bonda Sultan Mahmud, saudara Tun Mutahir itu, ada menengok-nengok dari balik pintu. Maka kata bonda baginda itu, "Tuan, Pak Mutahirlah kata, jadi Bendahara," kerana sangat kasih baginda akan saudaranya itu. Maka titah Sultan Mahmud, "Pak Mutahirlah jadi Bendahara." Maka sekalian orang pun sukalah, dan segala saudaranya pun kabullah akan Seri Maharaja jadi Bendahara. Maka datanglah persalinan seperti mana adat Bendahara; dan dianugerahi karas bandan dengan selengkap alatnya. Adapun akan adat dahulukala, apabila orang jadi Bendahara, atau jadi Penghulu Bendahari, atau jadi Temenggung, atau jadi Menteri, dianugerahi baju sakhlat dan karas bandan dengan selengkap alatnya, tetapi Penghulu Bendahari, dan Temenggung, dan Menteri tiada berkobak, hanya Bendahara berkobak dan buli-buli dawat; jika jadi Temenggung dianugerahi tombak bertetarupan.


Adapun akan Bendahara Seri Maharaja, besar daripada Bendahara yang lain, jikalau ia duduk di balai dihadap orang di atas tikar pacar, di bawah tikar pacar itu di bentangi permaidani; jikalau raja-raja datang tiada dituruninya, sehingga diunjukkannya tangannya, katanya, "Naik tuan, naik tuan," melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka dituruni oleh Bendahara Seri Maharaja. Jikalau raja Pahang, Bendahara Seri Maharaja berdiri; maka raja Pahang naik duduk pada tempat Bendahara Seri Maharaja itu, dan Bendahara Seri Maharaja duduk hampir dekat.
Adapun akan Bendahara Seri Maharaja banyak anaknya; yang tua sekali lelaki, Tun Hassan namanya; terlalu baik rupanya, dan perdana lakunya; ialah menjadi Temenggung akan ganti ayahnya; akan istiadat Temenggung, mengatur orang (ms 206)
makan di balairung. Adapun akan Tun Hassan Temenggung, apabila akan mengatur orang makan, maka ia memakai seberhana pakaian; berkain memancung, bersebai, berdestar berhalaman, bertajuk dan berkancing; maka ia berjalan di naga-naga mengatur orang makan itu, menunjuk-nunjuk dengan kipas, lakunya seperti pendekar yang tahu menari. Dan Tun Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal tangan baju, dan memanjangkan tangan baju; akan dahulu baju Melayu kecil juga. Maka dipantunkan orang:

Murah dikata derji,
Empat hasta sehelai baju;
Muda berusul lela Manja,
Bagai mutia dalam teraju.


(ms 207)
………
Akan Seri Nara Diraja, kakak Bendahara Seri Maharaja jadi penghulu Bendahari juga; beranak lima orang, yang tua sekali lelaki, Tun Ali namanya; seorang lagi perempuan Tun Kudu namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud, disuruh panggil pada segala orang dalam "Datuk Tuan", (ms 210)
…….
XIII
Tun Fatimah Anak Bendahara Seri Maharaja
A-336 ALKISAH maka tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, terlalu sekali elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan pernama pada ketika cuaca. Tambahan pula kena pakaian nika warna; anak Bendahara, apa yang hendak dipakainya, tiada siapa melarang dia; makin bertambahlah baik parasnya. Dan akan saudaranya Tun Hassan Temenggung pun baik juga parasnya; maka diperbuatkan orang nyanyi:
Apa dijeruk dengan belimbing?
Geranggang mudik muara;
Apa diTerigok di balik dinding?
Tun Hassan Temenggung anak Bendahara.
Setelah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, Maka tatkala menghantar sirih, Raja Dibaruh dipersilakan oleh Bendahara Seri Maharaja; akan Raja Dibaruh itu, ayah saudara pada Sultan Mahmud Syah, saudara Sultan Alau'd-Din Syah yang tua sekali. Maka oleh Bendahara Seri Maharaja, Tun Fatimah ditunjukkannya pada Raja Dibaruh. Setelah Raja Dibaruh melihat rupa Tun Fatimah, maka terlalulah hairan baginda memandang parasnya; maka kata Raja Dibaruh pada Bendahara Seri Maharaja, "Yang Dipertuan adakah (ms 250) 
sudah melihat anakanda ini?" Maka sahut Bendahara Seri Maharaja, "Belum duli Yang Dipertuan melihat." Maka kata Raja Dibaruh, ''Jikalau Bendahara tiada gusar, mahu beta berkata-kata." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Apa kehendak hati tuanku, katakanlah kepada patik." Maka kata Raja Dibaruh, akan anakanda ini terlalu sekali baik parasnya, pada hati beta tiada patut ia diberi bersuami sama orang keluaran ini; jikalau Bendahara mendengar kata beta, orang tua ini, janganlah anakanda diberi bersuami dahulu; baik juga ditunjukkan kepada Yang Dipertuan, kerana sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan, kerana permaisuri Pahang sudah mangkat; yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan, anak Bendaharalah akan jadi raja perempuan." Maka sahut Bendahara Seri Maharaja, "Tuanku, akan patik ini orang jahat, patut sama jahat juga." Maka kata Raja Dibaruh, "Baiklah, yang mana kesukaan Bendahara itulah kerjakan, kerana beta orang tua, sekadar mengingatkan Bendahara juga."



Ma yarji'u al-tarfu 'ainnuhu 'inda ru 'yatihi,
Hatta yu' ada i-laiya al-tarfa musytaqu.
Yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin hertambah dendam juga adanya. Maka baginda berkata dalam hatinya, "Jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah baik anaknya, tiada ditunjukkannya kepada kita." Maka Sultan Mahmud Syah pun berdendamlah rasanya akan Bendahara Seri Maharaja. Setelah sudah orang kahwin, maka Sultan Mahmud (ms 251) Syah pun bcrangkatlah ke istana baginda, santap pun baginda tiada; maka tiada lepas lagi Tun Fatimah daripada hati baginda. Maka Sultan Mahmud Syah sentiasa mencari cedera akan Bendahara Seri Maharaja. Setelah berapa lamanya Tun Ali duduk dengan Tun Fatimah, maka ia beranak seorang perempuan, Tun Terang namanya; baik juga rupanya.

Kekayaan Bendahara Seri Maharaja
Maka tersebutlah perkataan ada seorang Keling diam di Melaka, jadi Syahbandar, Raja Mendaliar namanya, terlalu kaya; pada zaman itu tiadalah ada taranya dalam Melaka itu. Sekali persetua, Raja Mendaliar duduk mengadap Bendahara Seri Maharaja, maka kata Bendahara, "Hai Raja Mendaliar, hendaklah tuan hamba berkata benar, berapa ada emas tuan hamba?" Maka kata Raja Mendaliar, "Tunku, emas sahaya tidak banyak, ada lima bahara." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Lebih hanya sebahara emas kita daripada emas Raja Mendaliar."

Adapun akan Bendahara Seri Maharaja, sediakala ia menyuruh mencari, tiada pernah rosak; maka Bendahara Seri Maharaja asyik-asyik dikampungkannya segala anak cucunya, maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Hei budak-budak, maukah engkau memandang emasku?" Maka sahut anak buah Bendahara, "Mau, Datuk." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Pergilah ambil peti arah ke anu itu." Maka segala anak buah Bcndahara pun pergilah mengambil peti itu diusungnya, diramai-ramainya, dibawanya ke hadapan Bendahara Seri Maharaja. Maka oleh Bendahara disuruhnya buka, tuangkan pada tikar, disuruhnya sukat dengan gantang. Maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala anak buahnya, "Ambil olehmu segenggam seorang, buat permainan." Maka diambillah oleh segala anak buahnya segenggam scorang, dibawanya ke rumah yang baharu dibuat oleh Bendahara Seri Maharaja itu, Maka emas itu dibubuhnya pada segenap pahatan bendul dan pahatan pintu; setelah itu pergilah ia bermain. Telah hari petang, masing-masing turun pulang ke rumahnya.
Pada pagi-pagi hari, maka segala orang yang bekerja rumah itu pun datanglah; dilihatnya emas, lalu diambilnya. Apabila segala anak buah Bendahara Seri Maharaja teringat akan emas (ms 252) 
itu, masing-masing pergi ke rumah itu, dilihatnya tiada, masing-masing pun pulang menangis. Setelah didengar oleh Bendahara, maka ditanyanya, "Apa yang ditangiskan budakbudak itu?" Maka sahut orang, "Emas kelmarin hilang." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Janganlah menangis, biarlah kuganti," Maka diberi pula oleh Bendahara emas segenggam seorang.


Adapun segala anak buah Bendahara Seri Maharaja, jika pergi berburu kerbau jalang atau rusa, jikalau ia tiada beroleh, maka ia singgah pada kandang kerbau Bendahara Seri Maharaja, maka ditikamnyalah kerbau itu dua tiga ekor, disuruhnya sembelih; maka diambil sepaha dihantarkan kepada Bendahara Seri Maharaja. Maka kata Bendahara, "Daging apa ini?" Maka kata orang yang menghantar itu, "Daging kerbau, anakanda dan cucunda pergi berburu tadi tiada beroleh perburuan, lalu anakanda dan cunda singgah pada kandang kerbau Datuk yang di Kayu Ara; diambil anakanda dan cucunda sekor seorang." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Nakalnya budak-budak itu; telah jadilah adat kepadanya, jika ia tiada beroleh berburu, kerbau kitalah diperburuinya."

Sekali persetua, hari raya, maka Bendahara Seri Maharaja dan segala Orang Besar-besar pun masuklah ke dalam, duduk di balairung menantikan raja keluar; maka Raja Mendaliar pun datang hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja, lalu ditepiskan oleh Bendahara tangan Raja Mendaliar, seraya katanya, "Ceh Keling ini, tiada tahu bahasa; patutkah tuan hamba menyembah Hamba di balai raja ini? Datang ke rumah hamba tiadakah tuan hamba patut? Lagi pula pada (ms 253) duli Yang Dipertuan belum kita menjunjung duli; bagaimana akan kita berjabat tangan dahulu?" Maka Raja Mendaliar pun undur, malu rasanya.
Punca Mencetuskan Sekejam-kejam Hukuman

Setelah datang keluar pagar Bendahara, maka kata Nina Sura Dewana pada penunggu pintu. "Beri tahu Datuk Bendahara, katakan Nina Sura Dewana datang hendak mengadap." Maka dipersembahkan oleh penunggu pintu. Maka Bendahara pun keluar; maka Nina Sura Dewana pun masuklah mengadap Bendahara Seri Maharaja. Maka emas sepuluh kati itu dipersembahkan pada Bendahara; kata Nina Sura Dewana pada Bendahara. "Tunku, emas ini persembah sahaya akan pembeli sirih pinang." Maka kata Bendahara, "Baiklah, tuan hamba memberi hamba, hamba ambillah." Maka Nina Sura Dewana pun bermohonlah kepada Bendahara Seri Maharaja, lalu kembali ke rumahnya.


Raja Mendaliar mendengar kata Kitul itu, maka Raja Mendaliar pun mengambil surat hutang Kitul, lalu dicarik-cariknya; kata Raja Mendaliar pada Kitul, "Yang hutang tuan hamba sekati emas itu, halallah dunia akhirat, tuan hambalah saudara pada hamba; kembalilah tuan hamba." Maka Kitul pun kembalilah ke rumahnya. Maka pada malam itu juga, diambil oleh Raja Mendaliar emas sebahara, dan permata yang baik-baik, dan pakaian yang indah-indah, dibawanya pada Laksamana Khoja Hassan, kerana pada zaman itu segala kaum Laksamana terlalu karib pada Sultan Mahmud Syah.
Setelah datang ke luar pintu Laksamana, maka ia minta bukai pintu; maka Raja Mendaliar pun masuklah mengadap Laksamana, maka segala harta yang dibawanya, semuanya disembahkannya kepada Laksamana. Kata Raja Mendaliar pada Laksamana, "Sahaya mengadap Orang Kaya ini, sahaya berlepas taksir, supaya jangan sahaya dikatakan orang sebicara dengan penghulu sahaya; kerana telah sahaya ketahui bahawa Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang Kaya persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan, menerupa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini. Setelah Laksamana melihat harta terlalu banyak itu, maka hilanglah budi bicara akal yang sempurna itu, sebab disamun oleh harta dunia Bita ai' zahab Khuda nuqit walakin nina hasil ista, yakni: "Hei emas, Tuhan bukan engkau, tetapi kehendak hati berlaku olehmu." Maka kata Laksamana kepada Raja Mendaliar, "Baiklah, Hamba persembahkan dia ke bawah Duli Yang Dipertuan."
(ms 256)
Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara


Setelah Tun Hassan Temenggung mendengar kata Bendahara itu, maka Tun Hassan Temenggung pun membuangkan senjata dari tangannya, lalu berpeluk tubuh; maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala kaum keluarganya, dan kepada segala orangnya, "Barang siapa kamu melawan, hamba dakwa ia di akhirat." Setelah mendengar kata Bendahara Seri Maharaja itu, sekaliannya pun membuangkan Senjata dari tangan, lalu kembali ke rumah masing-masing. Maka tinggallah Bendahara Seri Maharaja dua bersaudara dengan Seri Nara Diraja; segala anak buahnya undur belaka.
Maka Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pun masuklah, membawa keris Sultan Mahmud Syah, dibubuhnya di atas ceper perak, ditudungi dengan tetarupan, dikeluarkan di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Maka kata Tun Sura Diraja, "Salam doa anakanda, bahawa takdir Allah Taala telah datanglah pada hari ini." Maka sahut Bendahara Seri Maharaja dan Seri Nara Diraja, "Barang yang telah berlaku, pada hukum Allah itu, Hamba pun redalah." Maka Bendahara Seri Maharaja dan Seri Nara Diraja pun mengambil air sembahyang. (ms 257)


Maka ada seorang anak Seri Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali Mia Sima namanya, dari ekor pipi lalu ke keningnya, tiada ke hujungan, Tun Hamzah namanya; akan Tun Hamzah tertiarap.

Adapun akan Tun Fatimah, isteri Tun Ali itu pun diambil baginda akan isteri, terlalu sangat dikasihi baginda; maka segala pusaka Bendahara Seri Maharaja semuanya dibawa (ms 258)
orang ke dalam, maka dilihat baginda, seperti berita orang itu tiada sungguh, maka baginda pun terlalulah menyesal oleh membunuh Bendahara Seri Maharaja, tiada dengan periksanya lagi itu. Maka baginda suruh tafahusi pekerjaan itu dari mana datangnya. Setelah nyatalah diketahui baginda fitnah itu daripada Kitul, daripada Raja Mendaliar datangnya, maka Raja Mendaliar disuruh baginda bunuh dan umbut dengan segala rumahtangganya sekali; akan Kitul disuruh sulakan melintang dengan anak bininya, tanah bekas kaki tiangnya pun disuruh cangkul dibuangkan ke laut; dan akan Laksamana Khoja Hassan pun disuruh baginda rampas, oleh ia berdatang sembah tiada dengan periksanya itu; sebab pun tiada baginda bunuh, kerana sudah diharamkan darahnya oleh baginda, seperti kata ulama: "Al baqi al qaumu akhiruhum syariban," yakni, yang sungai minuman pada suatu kaum itu, kesudahan ia juga minum dia.

Bendahara Paduka Tuan [Bendahara Tepok]

Sultan Mahmud Membuang Kerajaan





Adapun akan Tun Fatimah, disebut orang raja perempuan besar, tetapi apabila ia hamil dengan Sultan Mahmud Syah dibuangnya. Maka titah Sultan Mahmud Syah kepada Tun Fatimah, "Mengapatah maka tuan hamil dibuangkan? Tiada sukakah tuan beranak dengan beta?" Maka sahut Tun Fatimah, "Apatah kerja raja beranak dengan beta lagi, kerana anak raja yang kerajaan telah ada." Maka titah Sultah Mahmud, "Jikalau tuan hamil sekali lagi, jangan dibuangkan; (ms 265)
jikalau ia lelaki ialah kita rajakan." Setelah itu maka Tun Fatimah pun hamil pula, tiadalah dibuangkannya lagi. Setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranak perempuan, terlalu baik parasnya; serta jadi, disambut oleh Sultan Mahmud Syah, lalu dicium baginda; maka dinamai baginda Raja Putih. Terlalu sangat kasih baginda, tiada dapat terkatakan lagi kasih Sultan Mahmud Syah akan anakanda baginda itu. Hatta maka Tun Fatimah hamil pula; setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranak perempuan juga; maka dinamai oleh Sultan Mahmud, Raja Khadijah. Akan Sultan Ahmad Syah, sentiasa baginda mengaji tasauf pada Makhdum Sadar Jahan. Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi 'l-marji'u wa'l-ma'ab. (ms 266)

XIV
Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka

Maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat menghadirkan kelengkapan. Maka berperanglah Peringgi dengan orang Melaka; dibedilnya dari kapal, seperti hujan datangnya, bunyinya seperti guruh dari langit; rupa kilat apinya seperti kilat di udara, dan bunyi istinggar seperti kacang direndang. Maka segala orang Melaka tiada lagi boleh berdiri di pantai, daripada kesangatan bedil Peringgi itu; maka ghali dan fusta dilanggarkannya ke pantai, maka Peringgi pun naiklah melanggar, dikeluari oleh orang Melaka, lalu berperang terlalu ramai. Maka Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani di kepala gajah, Tun Ali Hati di buntut gajah, Makhdum Sadar Jahan dibawa baginda (ms 267) bertimbal rengka, kerana baginda berguru ilmu tauhid kepadanya.


Maka Sultan Ahmad pun mengampungkan orang dan disuruh berhadir senjata; maka hari pun malamlah, segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu di balairung. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, "Apa kita buat duduk saja ini? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya." Maka sahut Tun Muhammad Unta, "Benarlah seperti kata tuan-tuan itu; baiklah Tun Indera Segara pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana Peringgi akan melanggar esok hari. "

Maka Tun Indera Segara pun keluarlah membawa Hikayat
Amir Hamzah itu (ms 268). Maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, semuanya diam. Maka sahut Tun Isap pada Tun Indera Segara, "Persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan, salah titah itu; hendaknya Yang Dipertuan seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu seperti hulubalang Beniar." Maka Tun Indera Segara pun masuk mengadap; segala sembah Tun Isap itu, semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad. Maka baginda pun tersenyum, maka titah Sultan Ahmad, "Benar katanya itu," maka dianugerahi baginda Hikayat Muhammad Hanafiah.


Adapun tatkala mula Peringgi melanggar itu, Tun Sallehu'd-Din minta ikat pinggangnya pada cucunya; maka diikat oleh cucunya, seraya kata cucunya, "Nenek, nenek memakai ikat pinggang Datuk PadukaRaja ini, jangan nenek bawa lari." Maka kata Tun Sallehu'd-Din, "Insya-Allah Taala, Awang! Lihatlah olehmu." Maka ia pun pergilah keluar mengiringkan Sultan Ahmad. Setelah ia melihat tangan Sultan Ahmad luka itu, maka Tun Sallehu'd-Din pun tampil ke hadapan gajah Sultan Ahmad, beradakkan tombak dengan Peringgi; maka ditikam oleh Peringgi kena dada Tun Sallehu'd-Din terus (ms 269) ke belakang, rebah, lalu mati. Maka tengah tiga puluh hulubalang Melaka yang pilihan mati, Seri Udani pun luka ari-arinya kena tombak Peringgi. Maka gajah pun diderumkan, Seri Udani pun diusung oranglah dibawa kembali ke rumahnya; maka disuruh oleh Sultan Ahmad lihat pada tabib; diduga oleh tabib dengan ekor sirih, kata tabib, "Insya-Allah Taala tiada mengapa, dapat diubat; jikalau sekerat beras juga lagi masuknya, nescaya Seri Udani mati."
Sultan Mahmud, Sultan Ahmad Berlepas Diri


Maka Sultan Ahmad pun undurlah ke hulu Muar, baginda diam di Pagoh; akan Sultan Mahmud Syah diam di Batu Hampar; akan Bendahara diam di Lubuk Batu. Maka Sultan Ahmad berkota di Bentayan. Maka Peringgi pun diamlah di Melaka, akan pagar ruyung istana dibuatnya kota. Hatta Bendahara pun hilanglah, ditanamkan di Lubuk Batu; Datuk itulah disebut orang 'Bendahara Lubuk Batu'. Maka Peringgi pun datang melanggar Pagoh, maka berperanglah ada berapa hari; maka Sang Setia pun mati, Pagoh pun alahlah. Maka Sultan Ahmad dan ayahanda baginda pun undurlah ke hulu Muar, lalu ke Penarikan, dari Penarikan lalu berjalan ke Pahang; maka setelah bertemu dialu-alukan oleh Sultan Abdul Jamal dan Sultan Mansur Syah dengan seribu kebesaran dan kemuliaan; dibawa baginda masuk ke negeri Pahang. Maka oleh Sultan Mahmud Syah, anakanda baginda yang perempuan, beranak dengan permaisuri Kelantan itu dikahwinkan baginda dengan Sultan Mansur Syah.
Hatta berapa lamanya baginda di Pahang, lalu berangkat ke johor, duduk di Pekan Tua, membuat kota kara; maka (ms 270)
sembah segala rakyat, "Tuanku, jauh amat ke hulu negeri ini." Maka baginda pun lalu ke Bintan bernegeri di sungai Bukit Batu Pelabuhan namanya. Sultan Mahmud Syah diam di Tebing Tinggi, Laksamana Khoja Hassan duduk di Pantar.


Maka segala kelakuan itu kedengaran kepada Sultan Mahmud Syah; maka tiadalah berkenan pada baginda akan afal anakanda baginda itu membuangkan akmal raja-raja, maka disuruh baginda kerjakan dalam senyap; seperti firman Allah Taala: "Iza ja'a ajaluhum la yasta' khiruna sa'atan, wala yastaq dimuna", yakni apabila datang ajal mereka itu, tiada terkernudian seketika, dan tiada terdahulu seketika jua pun. Maka Sultan Ahmad pun mangkatlah, ditanamkan di Bukit Batu; itulah disebut orang 'Marhum di Bukit Batu'.
Melantik Orang Besar-besar Kerajaan



Akan Seri Amar Bangsa Tun Ping itu beranakkan Tun Esah, berlakikan Megat Biajid, beranakkan Megat Dollah; akan Megat Dollah beranakkan Tun Tipah, duduk dengan Tun Mir, Bendahara Perak sekarang; seorang lagi anak Seri Amar Bangsa Tun Ping, Tun Kadut namanya, beristerikan Tun Jalak, anak Datuk Kilab, saudara Datuk Kala dan Datuk Jembang, asalnya Raja Cempa konon. Akan Tun Kadut, beranak dengan Tun Jalak seorang perempuan Tun Aminah namanya, diperisteri oleh Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang.
(ms 272)
Anak Raja Bakal Kerajaan
Sebermula setelah Sultan Mahmud Syah pindah ke Kopak, maka isteri baginda, Tun Fatimah pun hamil pula, maka terlalulah suka Sultan Mahmud Syah melihat isteri baginda hamil itu. Maka segala isteri Orang Besar-besar pun bergantiganti bertunggu di dalam; setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranaklah lelaki. Maka Sultan Mahmud Syah terlalu sukacita melihat anakanda baginda lelaki, lalu baginda menyuruh memalu gendang kesukaan; bedil pun dipasang oranglah, terlalu azamat bunyinya, kerana ketika itu bunyi meriam dua belas pucuk dan gendang pcrang terlalu gemuruh. Maka anak raja itu pun dimandikan, setelah sudah mandi, disuruh baginda bangkan pada kadi; maka Orang Besar-besar pun persembahkanlah kepada anak raja itu masing-masing pada kadarnya. Serta baginda itu jadi, maka peterana daripada Raja Muzaffar pun diambil oranglah.

273

No comments:
Post a Comment